Rebecca Ilham
Rebecca Ilham merupakan pseudonim Hazwani binti Rameli. Merupakan Penasihat II Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) dan merupakan salah seorang moderator GKLN Cawangan Amerika Syarikat. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kejuruteraan Petroleum) dengan pengkhususan kedua dalam Ekonomi dan Perniagaan di Colorado School of Mines (Class of 2009). Pernah memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Menulis Esei Berunsur Sejarah Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun 2000. Cerpen-cerpen Rebecca Ilham pernah disiarkan dalam akhbar Berita Harian dan Mingguan Malaysia, majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Tunas Cipta, Dewan Siswa, Dewan Kosmik dan Sastera.net serta antologi cerpen terbitan GKLN: Jalan Jauh ke Ramallah dan Mengemis di Kota Larangan. Kumpulan cerpen persendirian Rebecca, Kimono Ungu Bersulam Bunga, telah diterbitkan oleh Ameen Books pada bulan Mei 2010. Hazwani bertugas sebagai jurutera petroleum di ibu negara.
http://rebeccailham.blogspot.com/
http://rebeccailham.blogspot.com/
Jalan Jauh ke Ramallah
Antologi ini menampilkan sekitar 20 buah cerpen yang menyentuh pelbagai isu semasa dan sejarah samada yang berlaku di tanah air, atau antarabangsa. Kesemua cerpen-cerpen yang terkandung cuba memaparkan nilai-nilai islamik termasuklah dari aspek perjuangan, sejarah tamadun silam, politik, sosial, kekeluargaan, isu perbezaan mazhab, kemasyarakatan dan lain-lain. Antara cerpen-cerpen yang dijangka terkandung termasuklah Jalan Jauh Ke Ramallah, Izrail Sibuk di Gaza, Cinta Menyala di Constantinople, Sedingin Rabat, Amaan Yuda, Petisyen, Raja Segala Ketam, Hati Yang Memilih, dan banyak lagi!
Cerpen Jalan Jauh Ke Ramallah adalah hasil nukilan beliau yang telah terpilih untuk dijadikan tajuk kepada buku ini.
Kimono Ungu Bersulam Bunga
Kimono Ungu Bersulam Bunga adalah sebuah buku yang memuatkan 15 buah cerpen hasil daripada penulisan beliau.
Kandungan:
1. Langit Lazuardi
2. Jalan Jauh ke Ramallah
3. Mencari Tuhan di Celahan Cambrian
4. Menjadi Naurah
5. Puing Derita Bosnia dan Herzegovina
6. Perca-Perca Cinta Untuk Palestina
7. Kimono Ungu Bersulam Bunga
8. Angin pada Mekar Kuntum Sakura
9. Jus Soli Jus Sanguinis
10. Harapan di Hujung Cebis Doa
11. Di Bawah Langit Manchester
12. Senja-Senja Brasilia
13. Yang Aneh Itu Lelaki
14. Fajar Sidik di Sierra Morena
15. Protokol Cinta
Actually, she is my older sister. Saya bangga ada kakak macam dia yang berbakat besar. Dia idola saya dlm satu2 bab, not for the whole things. Bersyukur sangat sebab kitorang 4 beradik dikurniakan bakat yang berbeza-beza. Kakak saya dikurniakan bakat menulis, abg saya leh snap gamba cantik2, sy boleh melukis n adik sy nie..rasanya bakat lisan kot..pokpek pokpek…hehe…leh teroka bidang yg bbeza so, de point la leh sembang xde la sembg kosng kan..(sapa sokong angkat tangan macam saya!!! O.o/ )
Gunakanlah segala kelebihan yang Allah kurniakan untuk kebaikan
Saya hanya mampu coloteh kat sini..Don't ask me why... n_n?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan