11.19 pm
Komputer rumah, ruang makan
Tajuk entry kali ini kenapa mcm ni ya? OK la, sy straight to the point je la. Saya pernah terbaca something di internet tapi dah x ingat note or blog someone tapi saya nak share kat sini. Entry kali ini mungkin agak membosankan kerana tiada satu gambar dan video yang saya lampirkan bersama. Semoga anda mengambil ikhtibar daripada kisah ini.
Seorang gadis Islam yang suka berpakaian seksi yang sedang menuntut di sebuah kolej yang sememangnya menjadi perhatian para pelajar lelaki di situ tetapi bukan kesemuanya berani untuk mengatakan perasaan mereka kepada gadis tersebut. Gadis itu bernama Sally( bukan nama sebenar saya je yang ske2 bg nama ni). Pada suatu hari, gadis itu didatangi oleh 4 lelaki yang berbeza-beza.
Sally: Kenapa awak datang berjumpa saya?
Lelaki 1: Saya suka awak, barangkali inilah yang dinamakan cinta.
Sally: Kenapa awak suka saya?
Lelaki 1: Kerana awak cantik dan tidak salah jika saya memiliki awak kerana saya juga seorang yang kacak jadi kita setanding dan layak berpacaran.
Sally: Lupakan saja...( dia terus berlalu )
Selepas kuliahnya pagi itu, Sally disapa oleh seorang lelaki lagi yang baru sahaja keluar daripada kereta mewahnya.
Lelaki 2: Awak baru habis kelas ya?
Sally: Ya, kenapa, apa awak nak?
Lelaki 2: Saya suka awak.
Sally: (sambil merenung lelaki itu) Kenapa?
Lelaki 2: Kerana saya kaya, saya tahu saya boleh bagi segalanya pada awak.
Sally terus berpaling dan meninggalkan lelaki itu.
Selepas makan tengahari, Sally sekali lagi disekat oleh seorang lelaki berkopiah. Dengan nada yang agak mengeluh kerana dia sudah berasa rimas berkata
Sally: Apa awak nak?
Lelaki 3: Saya sudah menemukan jodoh saya.
Sally: Sapa? Saya? Tapi kenapa?
Lelaki 3: Kerana Allah telah membuka pintu hati saya untuk mengenali awak dan menjadikan awak adalah sesorang yang sah.
Sally: Saya tidak sepadan dengan awak.
Lelaki 3: Mungkin, tetapi tiada yang mustahil, Mungkin Allah jadikan saya sebagai medium untuk penghijran awak.
Sally: Lain kali sahajalah kita sembang lagi, saya ada kuliah.
Setelah selesai kuliahnya yang terakhir, Sally kelihatan agak kepenatan dengan nota-nota yang agak banyak dibawanya. Setiba dia di kawasan parking kereta, seorang lelaki berpakaian biasa seperti anak muda zaman sekarang sedang berdiri di sebelah kereta miliknya.
Sally: Awak nak bagitahu yang awak suka saya?
Lelaki 4: Ya (sambil memandang ke bawah)
Sally: Atas dasar apa awak suka saya?
Lelaki 4:Saya jatuh cinta kepada awak kerana syaitan.
Sally: Ha?!
Lelaki 4: Kerana syaitan telah menyemarakkan perasaan terkutuk ini berada dalam diri saya. Tak apalah terima kasih.
Faris: Mak, saya ikut saja apa yang mak aturkan. InsyaAllah, Allah telah menetapkan yang terbaik untuk kita.
Ibu Faris: Alhamdulillah, kamu pun sudah 28 tahun, mak nak juga tengok merumahtangga seperti aabg dan kakak kamu. Nantilah, keluarga datuk nak datang hujung minggu ini, nanti kenallah kamu dengan mereka.
Hujung minggu itu
Faris terpandang seorang gadis berjubah hitam di halaman rumahnya yang sedang melihat-lihat tanaman di halaman rumahnya. "Mungkinkah itu calon isteriku yang ibuku katakan. Anak seorang ahli korporat yang bergelar datuk dan sedang mengajar di sebuah sekolah, tidak syak lagi, inilah calon isteriku, lebih elok aku menyapanya" kata Faris di dalam hati.
Faris: Assalamualaikum
Gadis tadi yang membelakangi Faris kini memalingkan wajahnya ke arah Faris. Terpaku Faris apabila melihat wajah yang amat dia kenali berada di hadapannya. Ya,itulah Sally yang pernah dia kenal di zaman kolejnya. Ya Allah!
Sally: Waalaikumuslam..Faris, saya sudah mengatahui mengenai dirimu. Saya masih ingat kata-katamu 10 tahun dahulu. Alhamdulillah...atas kata-katamu tempoh hari, telah membuka hati saya untuk mengenali kamu dan juga agama Islam.
Faris hanya mampu mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. Ya Allah Allah Hu Akhbar.
Renung-renungkanlah...Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan