Jumaat, 18 Februari 2011

Back-to-school

Assalamualaikum
12.21am
Dalam bilik di rumah

Alhamdulillah, sampai sudah saya di rumah. Rasa macam hidup tak jejak bumi je duk kat hostel sebab Carina(my lappy) saya taka bawa, saya tinggalkan die kat rumah. Memang tak reti nak duduk diam la, nak study ntah la,nasib baik boleh jawab tadi.Nasib baik Fizah?!?! tak jugak, saya dah usaha semalam la, penat tau pergi tingkat 1 then 3 then 4 pastu 3 balik...Betul la, semata-mata nak tahu kenapa kena kire segi tiga kat atas bukan kat bawak...huh

Saya usaha la ya, penuh dah buku 2 duk kire2..erm, tak pe la Fizah, sem depan dah x de ambik maths dah, so kne wat sehabis baik la ye...Agak kelam kabut gak la pagi tadi..boleh plak pegi tido pukul 8 pagi...exam pukul 9 pagi..????? knapa ya, sebab sy dah x larat nak tgk sume nombor2 2...hehe..mcm diorg sume hidup je, siap menari2 lagi..(imaginasi kuat nie)hehe...ooo, so, nie la alasan y Fizah msuk kelas tuk exam td lewat ek??? Tak jugak, lebih tepat 8.45 saya dah ade kat ANNEX ek..Sebenarnya, cari kelas x jumpe,uhuk, yela, mne penah kelas kat AX...hahah, so, x kenal sgt kelas2 kat situ, nasib bek ade brother yg gtau 2 pun sebab sy yg tanya...erm..OK, mari kite lupakan maths...fokus last paper k..then MERDEKA!!!!

Betul ke MERDEKA!!!!...ntah la, kalo dulu past SPM mest sume kate dah merdeka...tapi x jugak kan..erm..so, kat mne kite nak gune word 2??? Tadi masa dlm bas nak balik rumah, ramai la budak2 skola yg nek bas sekali, sronok je tgk diorg yg boleh gelak2 time balik skola..Teringat masa dulu2, balik skola nek bas, mmg boleh gelak2 la..tapi sekrg balik kelas kul 10 pun cari katil...erm..Mayb masa 2, kite x yah pk sangat mngenai kehidupan. Masa skola rendah dulu, cikgu ada kate yg jadi kanak-kanak paling best sebab x yah pk ape2..betul saya setuju!!!...Kalo kat skola dulu, xyah pk psl duit, sbb mkn kat dewan makan je,,skrg, kaw2 kne jimat..tahan je la kan..puase ke, tapi habis jugak,nie sebab ade pasar malam, habis kat situ je...hehehe...Mak kate, kalo nak makan beli je la...sedey kot kalo mak kate macam 2...Yela, kite makan best2, beli itu ini, mak ayah kat umah makan ape ntah la, ikan sardin je kot... Ye la, anak-anak sume xde...kalo sy balik n sy sorg je mse 2, mmg sy x demand psl mknn...erm..makna je ape yg ade, mak sy beli ayam la, ape la, last2 nasi goreng timun gak yg sy cari, xpun malam2, nasi goreng kicap air tangan sendiri...terbaik tuk diri sendiri...aaaaaaaaargh,,,teringat kat adik la plak...erm, kalo die ade, mst sy akn masak mlm2, nak kacau die, sebab die x leh makan after 9 mlm...skrg die xde, sy pun mls da nak mkn..yela, nak kaco sape tol x...

Seronokkan kalau kite kenang kembali masa skolah dulu. 

Masa skolah tak sabar2 nak habis skolah nak keje la ape lah, dah habis skolah, mula la nak rindu2 plak..kena la always pandang ke hadapan apa yang dah berlaku biarkan ambil semua itu sebagai ikhtibar baik mahupun yang buruk. Kita hanya mampu berdoa kepadaNya agar masa depan kita cerah. Amin...

Khamis, 10 Februari 2011

14 Februari lagi !!!

Assalamualaikum
1.35pm
Komputer rumah (hye, xpayah berebut internet sebab sy je yg ade kat umah)

Alhamdulillah, saya selamat sampai di rumah..hehe..after 2 jam lebih perjalanan drpd CFS ke rumah yang terletak di B******. Agak penat sebab first time sy bawa balik beg roda saya yang besar..huh! dah la kena naik bas then tren then bas lagi baru boleh sampai rumah. Hai, mengeluh ke cik Fizah kita ni. Tak adalah, semalam ada juga kawan2 tanya kenapa nak wat balik barang sedangkan ayah ko leh je datang ambik, angkut je sume skali. Yeaaaa..itulah soalan yang saya tunggu2..hehe...saya kata sebab saya x nak susahkan mak ayah saya, dah boleh wat sendiri, boleh balik sendiri, boleh bawa barang sendiri..boleh je buat kan. Lagipun masa kat teknik dulu, ayah saya selalu cuti sebab nak ambik saya la, yela time kene wat balik barang and time ade program skola. So, y not kite ringankan kerja orang tua kita kan. 

Baru saya teringat yang kami akan exam Understanding Islam pada Isnin ini bersamaan dengan 14 Februari 2011...14 Feb? Ya..14/2 Fizah!!! Ya Allah, kembali lagi hari yang ditunggu-tunggu oleh insan yang mempunyai pacar dna pasangan untuk meraikan hari yang indah bagi mereka. Boleh anda teka? Ya, Valentine's Day atau Hari Kekasih. Ya Allah, bolehkah anda bayangkan betapa ramainya anak muda di zaman serba canggih ini meraikan hari terkutuk ini.Wahai rakan-rakan, abang, kakak, adik, pak cik, mak cik, adakah kita sudah sedia maklum bahawa Valentine's Day haram disambut oleh umat Islam? 

  1. Ala, apa salahnya kak, bukan selalu pun lagipun zaman dah moden la kak.  
  2. Adik, nanti merajuklah gf saya kalau xbagi bunge or candle light dinner ke on the day, kan nak rai kekasih.  
  3. Anak, makcik n pakcik bukan ape, diorang 2 kan orang muda, ape salahnya kalau diorg nak kuar suke2 nak sambut ape ke 2 ha,,Hari Kokasih..yang 2 la, nanti dah tue macam makcik pakcik nanti dah x leh nak kuar.

HA?!!!! Itu je pandangan anda mengenai Hari Kekasih? Yang muda dengan cara muda, yang tua dengan cara mereka sendiri. Tak tahu nak kata apa. Nanti ada pula statement " Jangan jaga tepi kain oarang ". Tapi saya rasa ini adalah satu tanggungjawab kita sebagai saudara sesama agama. Adakah salah? Tak, kita tak salah, mereka dan keluarga mereka yang salah? Pulak dah. So, kalau mereka dan keluarga mereka yang salah, komuniti sekeliling hanya berputih mata? Hanya mendengar cerita masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. "Ala Fizah, Iman aku x kuat r nak tegur budak 2 pasal apa yang dia buat, yela, selemah-lemah iman kan hanya membenci di dalam hati". Ke situ pulak dah...

Saya mahu kongsikan pengalaman saya mengenai 14 Feb bersama anda semua. (maaf kejap formal kejap informal). Kenapa 14 Feb lagi!!!? Masa saya bersekolah di sebuah pekan kecil di Perak, pada masa itu saya baru pindah dari Ipoh ke pekan itu. Semua orang pandang serong pada saya termasuk cikgu2 di sekolah sebab saya dr bandar. Mereka kata, budak bandar perangai teruk. Adakah budak kampung semuanya baik? Jangan menilai seseorang berdasarkan tempat tinggal dan asal mereka. On 14 Feb 2007 kalau x silap hari tu hari Selasa. Petang itu saya ada kelas tusyen dengan kawan2 saya di pekan itu. Pendekkan cerita pada masa rehat, kami turun untuk membeli snak dan air. Tempat itu ialah deretan rumah kedai yang agak usang(papan) dan sunyi. Semasa saya nak menaiki tangga ke kelas yg terletak di bahagian atas, saya ternampak rakan baik saya(perempuan) sedang berpelukan dgn kekasihnya. Terpaku saya...Ya Allah... sebab itu saya x suke 14 Feb sebab masa inilah mereka yg cetek ilmu agama akan terjerumus ke lembah maksiat. 

Adakah anda mahu melihat semua ini berlaku? Adakah anda pasti anak anda, adik-beradik anda atau rakan anda tidak melakukan semua ini?

Kita hidup bermasyarakat, perlukan satu sama yang lain. Umpama bangunan, perlukan asas yang kukuh, bahan binaan yang digunakan berkualiti, bancuhan simen mengikut nisbah yang ditetapkan, kelulinya yang digunakan mengikut saiz yang betul dan diikat dengan cara yang betul, batu baur besar, batu baur halus perlulah mengikut gred piawaian barulah bagunan yang dibina utuh, kukuh hingga bertahun-tahun. Tapi, jika berlaku kesilapan, bagunan itu akan retak, runtuh dan sebagainya. Mulalah nak buat kajian, apa yang salah..ooo, air yang digunakan mengandungi bendasing, keluli yang digunakan sudah karat dan sebgainya. Arkitek, engineer, kontraktor, QS, semuanya dipanggil untuk selesaikan masalah itu. Itulah umpamanya kita ini, tapi bila ada masalah, semuanya lari, orang itu salah kan orang ini, tak tahu nak panggil sapa untuk selesaikan dan kemudian biarkan sahaja seterusnya terus merebak. Di mana puncanya? Jika masalah pada satu-satu bangunan kita dapat kesan di mana silapnya, tetapi kenapa masalah sosial tidak tahu di mana silapnya, puncanya. Kita perlu bersatu, tinggalkan kate2 jangan jage tepi kain orang, kita perlu membentuk masyarakat kita khususnya umat Islam untuk menjadi yang terbaik. Mulakan dengan yang kecil dahulu, tegur rakan-rakan, anak, kakak, abang, mak, ayah..bukan menyibuk tetapi tanggunghawab kita sebagai umat Islam. Tanggungjawab kita sebagai rakan dan sebagainya. Ya Allah, indahnya dunia kita, indahnya Kuala Lumpur jika kita semua bersatu. Kita akan terima berlipat kali ganda barakah daripada Allah. MasyaAllah...

sedarkah anda??
***14/2/2011-Valentine's Day
     15/2/2011-Maulidur Rasul...

Ingatlah wahai anda semua, Valentine's Day adalah salah satu punca kenapa maksiat, masalah sosial semakin berleluasa. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini perlulah bertindak, setidak-tidaknya cegahlah diri kita sendiri janganlah tergolong dalam golongan yang mengkhianati diri sendiri. Wassalam...

Can Two Mothers Make A Home?

Assalamualaikum
4.24pm
Khadijah College 428, kembali ke meja study (after EPT)

Alhamdulillah, saya kembali ke meja study after finish paper English semalam. 

Wah, kenapa ya saya habis exam baru nak duk kat meja study. Huhu..Sebenarnya ni melibatkan plug dalam bilik saya ni ha. Kalo nak bukak laptop kena pegi duk melepak atas katil sebab plug kat katil saya dah rosak(sem lepas rosak, sem ni rosak, ganas benor), so kami berempat terpaksa la kongsi plug tambahan kitorang just ade tiga je tapi ade 4 org??? HUhu..so, tadi diorg sume on laptop masing-masing, nasi baik bateri full, so, tanpa wayar sy lepak kat meja study je la. Orang kata dah lepas satu beban after habis satu paper..betul ke? Kita anggap exam 2 beban ke? erm...itukan tanggungjawab kita as  students. Exam tuk ukur tahap kita. Tapi semalam saya pun enjoy jgk tapi berpada-pada la kan. Ingatkan nak balik tapi pikir pasal duit la pulak.

So semalam kami berempat menghabiskan masa dengan menonton filem. Ceh, wayang gitu, tutup lampu then bukak pintu sebab bilik kami ni panas (tingkap de 2 je). We are family. CAN TWO MOTHERS MAKE A HOME?. Ye, inilah phare yg sesuai tuk cite nie tuk tarik orang tengok lakonan Kajol and Karina Kapor, atres lelaki tak dapat dikesan(lebih tepat x ingat). Sedih2...sempat jugak saya cover line x nak tunjuk air mate saya ni..haha, terpaksa tutup dengan tuala comey saya. Nie la cite 2, kepada sapa2 yg nak tgk cite Hindustan moden yang berkisahkan sebuah keluarga, boleh la tgk, yg penting cite nie x de watak antagonis(jahat) semuanya baik tetapi dalam konteksnya yang tersendiri. Maksudnya kalau korang tgk cam Kajol kejam sket masa mula2, tapi 2 sebab die nak protect anak die...so blh la tgk,search je la kat mane2 pun.

Saya bukanlah peminat setia filem  Hindustan, Korea ,Jepun ,English or even Melayu . Tapi saya suka jalan cerita sesebuah cerita itu. Saya nie memang, kalau cite 2 sedey kene yg betul2 sedey. Haha. Try la tengok, mayb cite ni dah lame kuar, tai saya baru je tahu, xkesah la saya nak share jugak, kepada sapa yg x tgk lagi boleh la cari cite nie ya.. Selamat berhibur..Wassalam

Rabu, 9 Februari 2011

Hot Ticket Hotlink

Assalamualaikum
2.12 pm
Khadijah College 428, Atas katil

Hot Tiket Hotlink (HTH) !!!! Fizah nak jual HTH ke kat kampus ha? Kenapa tajuk entry dia macam ni? Ha?! Mesti korang pernah tengok iklan kat tv kan pasal HTH nie, tapi ragu2 nak guna. Diorang kata " inilah cara yang tepat untuk menampah nilai kredit anda" lebih kurang macam 2. Saya pun macam korang juga, memang ragu la kan, tak ada sikit pun nawaitu nak g kedai beli HTH ni. Iklan 2 masih x dapat menarik perhatian saya or saya yang buta seni???

Nie la iklan 2

video

Tak tahulah apa salah iklan 2, yang pasti iklan 2 mmg iklan yang bg saya nothing. Tapikan, kejadian semalam dah mengubah pandangan saya berkenaan dengan HTH. OK la, macam nie sebenarnya lepas je saya n Fatin tasmid surah di bilik ustaz kami ke Zc untuk membeli mknn kemudian, Fatin ajak saya masuk kedai topup sebab dia nak beli no maxis. Ada la banner besar kat luar kedai 2 cite pasal pek permulaan baru...Rm8.80 n dapat HTH. Saya dah dengar sebelum nie, Tasya selalu nak pergi beli HTH dia kata murah, jimat. Saya kata la kat dia, yang dia selalu gayut ngn mak dia x pela. Saya nie x gune sgt kedit tuk call, lagipun HTH ade tempoh masa,kalo kedit ade tapi tempoh dah habis tetap kene topup. Saya pakai Youth Club, tempoh habis thun 2013, so kalo sy topup maksudnye kredit yg habis. Tapi semalam bila pergi kedai topup 2, saya plak yg tanye lebih2 sal HTH, yelakan y not kalo nak tau something kite tanye je trus nanti sesat plak jalan.(????)

  1. No baru ni macam mana ya kak? ---> Yang ni, Rm8.80, dalam 2 just ada RM2 je kak nasihatkan adik topup RM10 terus sebab nanti masa aktif jadi panjang. Kat dalam 2 ade HTH RM8 dan HTH Internet RM5, nanti adik masukkan sendiri. Bila adik aktif, adik akan dpt HTH RM8 sebanyak 6 kali(kalo x silap).
  2. Kak mana nak tahu yang kita tengah guna kredik biasa atau HTH?--->Macam ni, kan kat sini ade tulis bile kita gune HTH kredit yg kita ada(masa berbual dan sms). Ok, contohnya, bila sms adik dah habis tapi adik still nak sms, so masa 2 bile adik send je sms automatik dia akan potong kredik biasa adik, mcm 2 jugak dgn call.
  3. Kak, kan ada tempoh masa, so, kire burn ke kalo dah habis tempoh)---> Dulu memang diorg burn, tapi sekarang ni diorg x burn.Kalo dah tamat tempoh die just bekukan je, bile adi topup HTH balik, adik still leh gune lg yg dulu punye pun just panjangkn tempoh je.(sma mcm hotlink biasa).
  4. Kak,ok tak pakai HTH?---> Jimat la dik, orang tua pun suke pakai HTH
  5. Kak, nie untuk sume networks ke?---> Ye dik,HTH memang untuk sume network, kalo adik msg ngn celcom, diorg just tolak blgn sms adik je sme gak ngn minit berbual, diorg just tolak je..So, memang untung dik.

Tabik springggg la kat kak 2, tapi memang jimat. Bila fikir-fikir balik, saya memang liat la nak reply msg kwn2 yg pkai network lain sebab mahal. Kalau maxis-maxis xpe la sbb 1 sen je kan. Jadi sekarang nie, saya plak ke yg nak promote HTH kat korg?? erm..ntah la, tapi y not kan, as students, mesti kita nak cari mende yg jimat, murah n berbaloi. so, saya rasa sy wajar share kelebihan HTH nie ngn korang. Sebab saya pun dah tempah HTH RM20 ngn kak 2 pagi tadi tapi esok bau dpt sbb stok dah habis( tgk betapa lakunya HTH-kata kakak 2 la)...

Duk gayut,gayut jugak ye tapi jgn smpai terleka sehingga meninggalkan perkara fardhu. Jangan terlalu banggakan teknologi tanpa wayar, ingatlah hubungan kita dengan Allah juga tanpa wayar yg penting caverage ada je kat mne2 pun...Wassalam

Selasa, 8 Februari 2011

"Macam ni kan elok"

Assalamualaikum
4.20pm
Khadijah College 428, Atas katil

Apa la pulak budak Fizah nie nak tulis. De je bende yg dia nak tulis. Saya tak tahu la kenapa tapi tiba-tiba je dapat idea nak share something ngn korang sume. Ok la, mulanya macam ni, idea ni baru je datang dan kebetulan tengah online sambil lepak-lepak atas katil ngn roommate. Tiba-tiba roommate saya nie kata "kenapa pakai ni, dah kuning, macam nie kan elok" sambil dia memegang handphone saya. Lbih tepat lagi, tangan kanan die pegang handphone saya dan tangan kiri die pegang handphone case yang baru je ditanggalkan. Sebebnarnya die tujukan kata-kata untuk handphone saya, dia kata nampak mewah tanpa case. Ya, memang nampak mewah, sebab berkilat, and case 2 nampak kuning kalau ditanggalkan sebab sedia maklum, case 2 untuk lindungi handphone sebab x nak calar n sebagainya.

4 tahun lepas, memandangkan saya pada masa itu bersekolah di sekolah kawasan bandar dan bercampur semua kaum. Dalam kelas saya adalah beberapa orang pelajar cina. Mereka ada tanya saya kenapa kamu pakai tudung? Kenapa tak pakai baju yang tak ada lengan? Kenapa tak pakai skirt? Lagi cantik kalau kamu pakai macam 2. Saya hanya tersenyum dan berfikir sejenak. Orang kata kalau nak berdakwah kenalah berhemah.Saya cuba relatekan soalan dengan realiti kehidupan. Saya terfikirkan handphone saya. Maka, saya pun tarik nafas dan cuba menjawab soalan itu. Saya tanya dia, kamu ada handphone tak? Dia kata ada, tipulah kalau tak ada handphone zaman sekarang ni. Jadi, saya tanya dia, kamu jaga elok2 tak handphone kamu? Dia kata mestilah dia jaga handphone nie, sebab itu pemberian ayah dia, kamu nampakkan yang saya pakaikan handphone saya dengan case untuk melindungi handphone saya daripada calar dan warnanya jadi pudar. Saya pun pegang tangan dia. Macam tu jugalah kita, sebagai seorang perempuan. Dia agak terkejut. Kenapa? Itukan gadget, kita manusia. Ya, memang kita manusia dan handphone adalah hanyalah gadget buatan manusia. Kenapa kami pakai tudung, tutup aurat, sebab kami tak mahu mempamerkan kecantikan kami sebab kami tak nak calarkan kecantikan kami. Belum sempat saya mengulas panjang, dia sudah memahami maksud saya dan apa yang mahu saya sampaikan. Dia tersenyum sendiri dan menarik tangan saya untuk ke kantin.

kan ayu begini..

So, yang mana lagi elok? Kawan sedorm saya dulu pun ada cakap " Fizah, takyah pakai tudung r, lagi comey". Adalah sedikit perasan kesal bercampur marah. Saya pun kata " Korang jangan nak jadi setan ek". Pernah saya terbaca status someone kat FB...Kenapa girls suka freehair sebab ada orang puji dia cantik kalau dia tak pakai tudung, So, dia nak nampak cantik, dia pun freehair...Ya Allah...Kan lebih cantik kalau kita bertudung. Apa?! Tak leh pakai baju cantik2? Islam tak larang kita berfesyen yang pasti tidak melanggar syariah. Zaman sekarang ni, macam2 je fesyen tudung yang boleh kita gayakan tapi pastikan memenuhi tuntutan agama, labuhkan dibahgian hadapan, tidak jarang dan sebagainya.

Saya suka kartun Ana Muslim, comey kan. Princess Islamic gitu. Renung-renungkanlah..Wassalam...

Isnin, 7 Februari 2011

"Aku kan level 5"

Assalamualaikum
11.55 pm
Tepi katil

Alhamdulillah, rezeki Allah. Gembira rasanya apabila kami ( company 1 ) sekali lagi menang untuk projek English iaitu newspaper. Kalau sem lepas kami menang Choice Award dan dapat wang tunai RM50 tapi sem nie kami dapat Level 6 Winner RM80. Alhamdulillah, upgrade la skit kan. Seronok sangat. Terkejut gak mula-mula trima msg drpd Yati, masa tu saya kat dalam klas maths sementara tunggu Mdm Ros masuk. Yati kata mdm suh kumpul kat Al-Tarani pukul 12,30 n jangan lambat sebab nak terima hadiah newspaper. After class maths pun Hidayah bagitau yg Miss Zura suruh pergi jumpa dia sebab newspaper kami menang. Wah!!! Lepas pergi jumpa Miss Zura, sempat pula kami pergi makan ( saya dah breakfast lepas kelas maths ngn Tasya, Syima n Fatin just teman diorg nie la kan) kat ZC n sempat la jugak pergi print examination slip. Then kami ke kelas FIM yg terakhir pukul 11 pg kat LY018. Then, Wawa bagitau yang ustaz suh tasmid kat bilik dia je. So, kami pun pergilah beramai-ramai ke bilik ustaz. Masa tu saya jalan dengan Yati je, nie adalah cara untuk saya mengelak drp bercakap dengan someone. Ok, then sampailah giliran saya n Yati yang dah tak tahan tunggu kat luar sbb lama sgt diorg sume tasmid, so bila Anuar kuar, dia kata sorang je boleh masuk, tapi biasalah saya ngn Yati mesti berdua je, so saya ajak je Yati masuk n sempat gak la tanya Anuar mcm mne tasmid, dia dah bace semua surah..Wah!!! saya tinggal lagi 4 surah...insyaAllah boleh!!!, n sempat gak dia wish gudluck..erm,,,saya harap itulah kali terakhir saya nampak dia. Amin... Memandangkan tasmid kami mengambil masa yang agak lama, ustaz pun dah suruh saya off handphone sbb Ida asyik duk call sebab kami dah lambat ke Al-Tarani. Bila kami sampai je, belum ada apa-apa lagi pun, padahal dah pukul 12.45. tak pela...kami tunggu... Saya still ingat kata-kata Amal,"Wah, hebat ko Fizah, menang lagi newspaper kita"...Syg korg...Allah akan bantu hambaNya yang berusaha untuk menjadi yang terbaik..InsyaAllah... Inilah antara pics yang sempat kami snap.

 Thanks to our lecturers..Mdm Miza and Miss Zura..

So Fizah, apa kena mengena ngn tajuk entry " Aku kan level 5 " , oklah macam nie..Kata-kata nie saya dah dgr masa awal sem lagi,ingatkan dah habis rupanya tadi ada jugak yang nak cakap mcm nie. Ada la different sket kalo dulu "Ko kan level 6" dan skrg "Aku kan level 5". So what?! Itulah first expression saya. Dalam hati je. Tadi dah kena bebel dah kawan saya ni. Kenapa dia perlu kata mcm 2. Dia nampak saya study English, dan dia pun kata lah yang saya nie nak exempted sbb 2 study..so? Saya tak kacau dia. Tapi yang pasti bukan itu kata-kata yang saya keluarkan. Kenapa dia kata macam 2? Kenapa dia nak merendahkan diri dia sendiri dengan kata macam 2? Sepatutnya dia tengok saya n rasa macam nak study sama-sama or timbul la sedikit kesedaran. Saya kata memang saya nak exempted..itu aim saya, so, xkesah la kita kat level mane pun, mseti nak exmpetd gak kan. Jadi, kalo nak exempted kne la study. Nie tidak, duk membebel kenapa ko study Fizah? yela ko kan level 6...aku kan level 5...perlu ke sume 2...Ya Allah, nie ke mentaliti student melayu..Kalo kat skola dulu saya mungkin boleh terima sebab saya skola kat kampung je, tapi skrg di pra-U, sepatutnya semua nie dah x timbul, semua yang terpilih adalah yang terbaik, jadi, kita sepatutnya berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik. Lagipun nie je kerja kita sebagai students. Saya memang rasa lapang sangat kalo saya x study... Before cuti CNY, masa ada IT Fair kat Midcalley, 3 hari saya kuar pergi Mid,,masa saya jalan-jalan saya rasa macam saya nie x gune je, macam life saya nie nothing. Rasa kosong. Bila saya study, baru saya nampak jelas aim saya sebagai student, anak dan yang penting sebagai hamba Allah. Ya, Allah, masa tu mmg saya rasa menyesal sggt sbb ikutkan hati. Mungkin org lain itu bende kecik je bukannya isap dadah pun. Tapi, saya rasa bersyukur sangat sebab Allah sedarkan saya bagi saya petunjuk before saya melangkah lebih jauh.. Ya Allah...Alhamdulillah, beruntung rasanya. Begitu juga dengan blog ini, walaupun tidak seberapa yang saya coretkan di sini tapi saya berharap agar insan yang sudi membaca mendapat something yang berfaedah dan berfikir sejenak tentang kehidupan kita seharian. InsyaAllah... Wassalam.

Sabtu, 5 Februari 2011

Jatuh cinta kerana syaitan

Assalamualaikum
11.19 pm
Komputer rumah, ruang makan

Tajuk entry kali ini kenapa mcm ni ya? OK la, sy straight to the point je la. Saya pernah terbaca something di internet tapi dah x ingat note or blog someone tapi saya nak share kat sini. Entry kali ini mungkin agak membosankan kerana tiada satu gambar dan video yang saya lampirkan bersama. Semoga anda mengambil ikhtibar daripada kisah ini.

Seorang gadis Islam yang suka berpakaian seksi yang sedang menuntut di sebuah kolej yang sememangnya menjadi perhatian para pelajar lelaki di situ tetapi bukan kesemuanya berani untuk mengatakan perasaan mereka kepada gadis tersebut. Gadis itu bernama Sally( bukan nama sebenar saya je yang ske2 bg nama ni). Pada suatu hari, gadis itu didatangi oleh 4 lelaki yang berbeza-beza.

Sally: Kenapa awak datang berjumpa saya?
Lelaki 1: Saya suka awak, barangkali inilah yang dinamakan cinta.
Sally: Kenapa awak suka saya?
Lelaki 1: Kerana awak cantik dan tidak salah jika saya memiliki awak kerana saya juga seorang yang kacak jadi kita setanding dan layak berpacaran.
Sally: Lupakan saja...( dia terus berlalu )

Selepas kuliahnya pagi itu, Sally disapa oleh seorang lelaki lagi yang baru sahaja keluar daripada kereta mewahnya.

Lelaki 2: Awak baru habis kelas ya?
Sally: Ya, kenapa, apa awak nak?
Lelaki 2: Saya suka awak.
Sally: (sambil merenung lelaki itu) Kenapa?
Lelaki 2: Kerana saya kaya, saya tahu saya boleh bagi segalanya pada awak.
Sally terus berpaling dan meninggalkan lelaki itu.

Selepas makan tengahari, Sally sekali lagi disekat oleh seorang lelaki berkopiah. Dengan nada yang agak mengeluh kerana dia sudah berasa rimas berkata
Sally: Apa awak nak?
Lelaki 3: Saya sudah menemukan jodoh saya.
Sally: Sapa? Saya? Tapi kenapa?
Lelaki 3: Kerana Allah telah membuka pintu hati saya untuk mengenali awak dan menjadikan awak adalah sesorang yang sah.
Sally: Saya tidak sepadan dengan awak.
Lelaki 3: Mungkin, tetapi tiada yang mustahil, Mungkin Allah jadikan saya sebagai medium untuk penghijran awak.
Sally: Lain kali sahajalah kita sembang lagi, saya ada kuliah.

Setelah selesai kuliahnya yang terakhir, Sally kelihatan agak kepenatan dengan nota-nota yang agak banyak dibawanya. Setiba dia di kawasan parking kereta, seorang lelaki berpakaian biasa seperti anak muda zaman sekarang sedang berdiri di sebelah kereta miliknya.
Sally: Awak nak bagitahu yang awak suka saya?
Lelaki 4: Ya (sambil memandang ke bawah)
Sally: Atas dasar apa awak suka saya?
Lelaki 4:Saya jatuh cinta kepada awak kerana syaitan.
Sally: Ha?!
Lelaki 4: Kerana syaitan telah menyemarakkan perasaan terkutuk ini berada dalam diri saya. Tak apalah terima kasih.

Lelaki itupun berlalu. Sally terpaku mendengar kata-kata lelaki itu.

Faris: Mak, saya ikut saja apa yang mak aturkan. InsyaAllah, Allah telah menetapkan yang terbaik untuk kita.
Ibu Faris: Alhamdulillah, kamu pun sudah 28 tahun, mak nak juga tengok merumahtangga seperti aabg dan kakak kamu. Nantilah, keluarga datuk nak datang hujung minggu ini, nanti kenallah kamu dengan mereka.

Hujung minggu itu
Faris terpandang seorang gadis berjubah hitam di halaman rumahnya yang sedang melihat-lihat tanaman di halaman rumahnya. "Mungkinkah itu calon isteriku yang ibuku katakan. Anak seorang ahli korporat yang bergelar datuk dan sedang mengajar di sebuah sekolah, tidak syak lagi, inilah calon isteriku, lebih elok aku menyapanya" kata Faris di dalam hati.

Faris: Assalamualaikum
Gadis tadi yang membelakangi Faris kini memalingkan wajahnya ke arah Faris. Terpaku Faris apabila melihat wajah yang amat dia kenali berada di hadapannya. Ya,itulah Sally yang pernah dia kenal di zaman kolejnya. Ya Allah!
Sally: Waalaikumuslam..Faris, saya sudah mengatahui mengenai dirimu. Saya masih ingat kata-katamu 10 tahun dahulu. Alhamdulillah...atas kata-katamu tempoh hari, telah membuka hati saya untuk mengenali kamu dan juga agama Islam.

Faris hanya mampu mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. Ya Allah Allah Hu Akhbar.

Renung-renungkanlah...Wassalam

Khamis, 3 Februari 2011

My soul

Assalamualaikum,
12.06am
Ruang Tamu, rumah

Pernah x korang buat something dengan bsungguh2 and rase excited sgt? Mesti pernah kan? Saya pun pernah. Ramai yang tanya kenapa awak sanggup berhabis duit, tenaga , masa n so on? Saya tak tahu nak jawab apa, yang pasti jawapan saya mesti " ni jiwa saya ".;-) Seronok kalau kita buat something dengan jiwa kita. Tak tahu kenapa tapi saya mesti akan rasa yang saya punye lebih hebat drpd org lain walaupun hakikatnya bukan begitu. Ini juga sebagai satu motivasi pada diri untuk meningkatkan keyakinan diri (xtahu la cara ni berkesan ke x,tapi pd sy, sy lebih suke cara nie).

Saya ada bagitahu yang saya suka snap gamba. Minat saya nie semakin menjadi lepas ada kamera. hehe.. Saja nak mengisi ruang masa dan mengasah bakat. Sekarang pun masih belajar cara nak edit gambar. Alhamdulillah, saya tak salah pilih kamera sebab model kamera 2 dah cukup buat saya kagum, mungkin ada yang kata ada kamera yang lebih bagus tapi bagi saya itu sudah cukup sekadar cukup untuk saya merakam kenangan.

Sempena final project budak2 AED, so, saya pun snap la ape yg patut. Saya suka sangat sume pics 2. Nampak real. Pencayaaan yang bagus, yang penting angle fokus yang sempurna.

antara hasil kerja saya

nie sume gamba yang saya sempat snap, ada banyak lagi tp yang lain 2 just biase je,yang nie penat gak la sampai meniarap nak dapatkan side yg cantik,,,hehe..Alhamdulillah, yang penting nie sume original, xde unsur edit skit pun..walaupun crop,,,for me, dah sempurna just nak something yg lebih menarik. Nak jugak belajar drpd sape2 yg mmg expert sal foto..InsyaAllah, saya berharap saya akan dapat capai satu lagi impian saya nie..Wassalam

Halaman