Jumaat, 3 Jun 2011

Mereka juga makhluk Tuhan

Petang tadi, masa saya n adik main badminton kat halaman rumah, tiba-tiba mak panggil nak tunjuk kat kitorang Ulat Beluncas color hijau. Sempat jugak saya  snap gambar ulat 2. Posing bek je die..bagus2, lebih best snap gambar ulat rupanya..statik je..

Saya ada gak teringat masa skola rendah dulu belajar sains, mesti korang pun still ingat kan, kitaran hidup rama-rama, katak la n so on…so, saya nak refresh balik la, jom enjoy baca nie ye..leh recall or tambah knowledge kan…ok,

Telur rama – rama adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder, mempunyai sangkar yang amat halus dan lain – lain struktur mikroskopik. Rama – rama betina bertelur pada daun, batang tumbuhan, atau objek – objek yang lain, selalunya pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas.

Beluncas (larva) adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing. Ia selalunya mempunyai corak - corak jalur atau tompok – tompok yang menarik, dan juga mempunyai rerambut halus seakan – akan duri – duri halus. Ia merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran. Sepanjang perkembangannya, ia menanggalkan kulitnya empat kali atau lebih untuk membaluti atau menyelaputi badannya yang membesar.

Pupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu – tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran.

Peringkat dewasa (atau imago) adalah rama – rama atau kupu - kupu yang berwarna – warni. Ia adalah peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama – rama. Peringkat dewasa melalui proses memikat, mengawan dan bertelur. Peringkat rama – rama atau kupu – kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka bermigrasi atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu.

Walaupun mereka hanyalah makhluk kecil di dunia ini, ingatlah, ada di antara mereka yang sentiasa bertasbih untuk manusia..

1 ulasan:

  1. nice blog.. have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...

    BalasPadam

Halaman