3.06pm
Khadijah College 428,Meja study
Apa yang paling dekat dengan kita dan apa pula yang semakin jauh dengan kita? Soalan ini pernah diajukan kepada saya oleh seorang rakan melalui perbualan telefon , dengan mudah dan pantas saya menjawab soalannya tanpa berfikir panjang iaitu , perkara yang paling dekat dengan kita ialah MATI dan perkara yang telah jauh daripada kita pula ialah MASA LALU.
teka-teki Ahli Suffi jarang di dengar atau di pertengahkan. Sekali sekali marilah kita menghayati
teka-teki seorang Ahli Suffi yang terkenal iaitu daripada Imam Al-Ghazali.
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan
murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang " Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar.Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita,apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama". Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka." Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah ! " Imam Ghazali = " Semua itu benar,tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan
sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT
sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah." Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat " Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "
Murid-Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "
Saya menjawab persoalan rakan saya tadi kerana pernah mendengar cerita ini. Apa yang ingin saya catatkan di sini adalah mengenai perkara yang telah jauh daripada kita iaitu kenangan. Setiap orang mempunyai kenangan masing-masing samada pahit atau manis. Setipa orang juga ada pendapat masing-masing mengenai kenangan. Mungkin ada yang diluar sana mengatakan bahawa kenangan pahit perlu dilupakan dan hanya kennagan yang indah sahaja perlu disimpan dan diabadikan. Bagi saya, segalanya bermakna samada ianya pahit atau manis tetap perlu diingati kerana setiap yang berlaku kepada kita sebenarnya adalah proses untuk mematangkan kita. Jika tersilap,belajar daripada kesilapan. Learn from mistakes. Kita tidak akan berjaya dengan mudah, sebenarnya banyak liku yang perlu kita harungi dengan penuh kesabaran dan kesungguhan dan juga tawakal InsyaAllah kejayaan milik kita dan kejayaan itu akan menjadi lebih bermakna kerana ia sukar untuk dicapai.
Semasa menuntut di sekolah menengah, ramai di antara kita yang tidak sabar-sabar untuk menamatkan zaman persekolahan mereka termasuk juga saya. Namun, setelah kita melangkah ke alam yang lebih mencabar iaitu bergelar siswa dan siswi, mulalah bertandang perasaan rindu untuk kembali bersekolah. Segala kenangan pahit atau manis akan menyapa fikiran masing-masing. Tetapi itu semua adalah kenangan. Masa tidak dapat diputarkan kembali, kita hanya boleh mengingatinya sahaja.Masa inilah ramai yang mula mencari gambar-gambar lama untuk ditatap.Beruntungnya jika ada sahabat yang seiring sejalan bersama kita. Dari kecik hingga besar bersama.
inilah antara kenangan yang sangat indah bagi saya semasa menuntut di sekolah dahulu. Gambar ini dirakam sebaik sahaja selesai jamuan akhir tahun pelajar tingkatan 5. Kami bergamba bersama sebagai kenangan, dari kiri Al-Nurul Atiqah , Nur HIdayu , Nur Hanisah , Nur Sahliza , Nurfahara Ain dan saya. Ini adalah antara rakan sebilik saya semasa di tingkatan 5 dan antara yang terapat. Banyak kenangan bersama yang telah kami tinggalkan di sekolah itu. Banyak cerita yang dikongsi bersama mengenai keluarga , rakan-rakan dan pengalaman masing-masing. Sekarang seorang ke hulu , seorang kehilir. Masing-maisng membawa diri untuk mengejar cita-cita. Saya selalu bayangkan , satu hari secara itu sengaja saya terserempak dengan salah seorang kawan yang telah bekerjaya.
Ini pula hampir keseluruhan rakan-rakan sebilik saya. Kami mewakili bilik menyertai pertandingan bola jaring dalam Karnival Dua Penjuru. Banyak sangat kenangan. Kalau saya upload semua gamba bersama mereka mesti tiada ruang yang cukup dan catatan ini menjadi panjang.
Saya dan keluarga bergambar bersama Cikgu Saidi dan Cikgu Faridah(isteri) beserta anak mereka iaitu Putri. Gambar ini dirakam setelah saya ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM09. Saya telah berjanji dengan Cikgu Saidi dan Cikgu Faridah untuk menghubungi mereka setelah saya menguruskan urusan mengenai keputusan SPM. Setelah saya menghubungi mereka,mereka membawa kami sekeluarga bersarapan di sebuah warung ikan bakar. Jelas terpancang keceriaan di wajah dua pendidik ini apabila mendapat tahu yang saya telah mendapat A+ dalam subjek Addition Mathematics dan Engineering Drawing beriukutan merekalah yang telah mengajar dan memberi perangsang kepada saya selama 2 tahun keberadaan saya di sekolah itu. Rotan, tawaf court takraw, berdiri di luar kelas adalah perkara yang lazim bagi saya apabila begelar pelajar mereka. Masih segar diingatan, kali pertama saya menerima tugasan LK iaitu Lattering, kami diarahkan untuk menulis lirik lagu, sajak dan biodata dalam sehelas kertas yang diedarkan tetapi mengikut garisan yang telah disediakan. Berikutan itu adalah tugasan pertama, saya dan yang lain dengan penuh konfiden melipat kertas bersaiz A3 itu dan selitkan ke dalam buku. Kelas seterusnya, kami didenda kerana melipat kertas beekenaan. Itulah kali pertama saya tawaf court takraw berhadapan blok teknik setinggi 4 tingkat. Tanpa memikirkan perasaan malu, kami(hampir satu kelas) berlalu turun dari tingkat 3 menuju ke court tersebut. Kedengan pelajar-pleajar lain bersorak melihat kami didenda. Itu semua kenangan. Terima kasih cikgu. Kerana semua inilah saya berdekat untuk menjadi yang terbaik. Walaupun saya dengan sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan 100 markah untuk subjek LK tetapi tiada rezeki. Begitu juga dengan subjek Add Maths, mungkin infiniti jika mahu dibilang berapa kali saya dicubit Cikgu Faridah. Saya masih ingat berapa kali sahaja saya lulus subjek Add Maths sepanjang 2 tahun di sana. Pertama kali saya lulus semasa peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 5 dengan hanya 38 markah(D) kedua semasa percubaan SPM (71-2A) dan akhirnya lulus cemerlang semasa SPM. Alhamdulillah. Ini adalah berkat tunjuk ajar mereka dan juga mengajar saya dengan penuh kesabaran. Terima kasih cikgu.
Gambar 10 orang pelajar terbaik diabadikan dan digantung di hadapan surau sebagai penyunting semangat
Anugerah Pelajar Terbaik Percubaan SPM 2009 dan Anugerah Pelajar Paling AKtif 2009
Anugerah Pelajar Terbaik dan Paling Cemerlang SPM 2009
Saya akhiri catatan saya kali ini dengan bacaan Al-Fatihah.
4.11pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan