Jumaat, 10 Disember 2010

Jauh perjalanan luas pemandangan

Assalamualaikum
5.37pm
Rumah, ruang tamu

Jauh perjalanan luas pemandangan. Apa perkara pertama yang bertandang di fikiran anda sebaik sahaja membaca tajuk entry kali ini. Biar saya teka apa yang sedang ada dalam fikiran anda. Mesti anda mengatakan yang saya telah banyak berjalan dan mempunyai banyak pengalaman yang mahu dikongsi. Sebenarnya saya tidaklah seperti mana yang dinyatakan. Berjalan tidaklah jauh setakat beberapa buah negeri sahaja kalau soal pengalaman, mungkin banyak yang boleh saya kongsikan. InsyaAllah...

Pertama kali saya keluar berjalan-jalan di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan sekelas semasa Ramadhan lepas telah membuka sedikit ruang fikiran saya untuk berfikir mengenai sikap manusia. Semasa saya berjalan melintasi sebatang jalan raya , saya terlihat sepasang suami isteri warga asing seperti bingung kenapa semua orang melintas jalan sedangkan lampu hijau untuk melintas belum menyala. Bas , kereta , lori , motosikal , semua berhenti memberi laluan. Sedangkan mereka masih terpacak di sebarang jalan sana sambil menekan-nekan butang untuk lampu melintas. Apa perasaan kita apabila ternampak pengemis? Jujur saya katakan, di tengah-tengah bandaraya KL saya hanya buat tidak tahu sahaja. Saya tidak akan pedulikan mereka walaupun terdetik di hati perasaan simpati. Saya hanya memikirkan keselamatan saya sahaja. Bayangkan semasa kita sedang menyeluk bag tangan untuk mengeluarkan beberapa ringgit untuk diberikan kepada mereka tiba-tiba kita diragut. Inilah yang bermain di fikiran saya sebenarnya. Jika di pasar malam, saya tidak akan keberatan untuk menghulur. Tetapi saya ada juga terfikir yang peragut ada di mana-mana sahaja. Tidak kira di pasar malam atau di KL. Tetapi yang saya mahu ceritakan adalah mengenai seorang ibu warga asing. Ketika saya menuruni tangga Stesen LRT Pasar Seni, saya ternampak seorang ibu warga asing berjalan bersama anaknya melintasi seorang pengemis yang duduk di tepi kaki lima. Dia menghulurkan beberapa keping duit syiling kepada anaknya untuk diberikan kepada pengemis berkenaan. Begitu juga dengan seorang ibu lagi. Otak saya ligat memikirkan sesuatu. Apa yang saya fikirkan? Berbeza sungguh dengan masyarakat kita. Jika ibu bapa membawa anak-anak mereka berjalan dan terserempak dengan pengemis atau minta sedekah untuk apa-apa badan, mereka akan mengelak. Tidak semua begitu. Saya akui ada di antara kita tidak begitu. Ini secara tidak langsung telah mengajar anak-anak untuk mengelak menghulrkan sumbangan kepada yang memerlukan. Walaupun apa yang saya katakan ini nampak simple sahaja tetapi ini sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada anak-anak yan semakin membesar seterusnya akan membentuk pemikiran anak-anak.

Bekas kekasih saya dulu ada pesan, kalau ada orang datang minta sedekah kalau taka mahu bagi jangan kata tak ada duit, kata ada duit tapi maaf duit ini nak guna. Maklumlah, pelajar tak pegang duit banyak. Yang saya pasti, dia kata jangan gunakan alasan tiada duit sebab suatu hari Tuhan akan tarik. Saya tidak tahu bagaimana nak explain lebih lanjut, harap anda faham. Kalau seringit dua, InsyaAllah boleh bagi. Pernah sekali terjadi kepada saya di KL Sentral. Saya didatangi seorang lelaki cina dan menunjukkan dokumen-dokumen mengenai pusat kanak-kanak istimewa yang memerlukan bantuan kewangan. Ketika itu saya berjalan-jalan disekitar KL Sentral sementara menunggu tren tiba. Niat dihati memang mahu menyumbang tetapi duit yang ada dalam tangan masa itu hanya cukup-cukup untuk tambang bas sampai ke rumah sahaja. Jadi saya bagitahu dia yang saya tiada duit. Beberapa minggu selepas itu, saya terasa seperti kekurangan duit,rasa sempit sangat. Masa itulah baru saya teringan pesan bekas kekasih saya itu. Pintu rezeki kita seperti disempitkan.

Banyak lagi pengalaman yang saya telah alami. Saya suka melihat gelagat orang dan saya akan berfikir kenapa, mengapa dan juga kesan pada masa depan. Jika perkara itu baik, InsyaAllah saya akan amalkan dan jika sebaliknya saya akan berdoa untuk dijauhkan daripada semua itu. Saya akhiri coretan kali ini dengan khalimah Alhamdulillah.

1.20am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman