Sabtu, 11 Disember 2010

Kawin muda

Assalamualaikum
1.54pm
Khadijah College 428,Meja study

Umum sudah tahu, kahwin adalah satu fitrah kejadian semulajadi manusia. Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka bila mana kita berkahwin, Alhamdulillah, kita sudahpun mengikut salah satu daripada sunnah Nabi. Sekarang sudah tiba pula musim cuti sekolah. Kelazimannya “asal cuti sekolah, berderet-deret kad jemputan yang diterima melalui pos atau pun email ” seakan sudah lali bila tiba musimnya. Tak keterlaluan saya katakan, asal cuti saja, ada majlis kahwin, asal kahwin saja, mesti tengah cuti (dah masa cuti saja yang ada masa, ‘time’ ni la nak kahwin pun kan?).

Apa yang saya ingin kongsikan bersama dalam entry kali ini ialah mengenai kawin di usia muda. Berapa umur yang releven untuk mendirikan rumah tangga? Bila soalan ini diajukan kepada rakan-rakan saya ( pelajar IPT ) mojiriti yang menjawab sekitar 25 tahun. Kawin di usia sebegitu bukanlah kawin muda, tetapi itu sudah menjadi kebiasaan anak-anak muda yang ingin menamatkan zaman bujang mereka kerana ketika itu masing-masing sudah stabil dari segi kewangan dan juga kematangan. Jadi, berumahtangga pada usia sekitar 25 tahun bagi saya bukanlah sesuai untuk digelar kawin muda.

Sekali sekala lagu-lagu nasyid sebegini menjadi hidangan telinga kami di kala sunyi selain lagu-lagu Maher Zain, Korean ,Weslife, Lady Gaga, dan lain-lain. Bak kata seorang daripada rakan saya "Aku rasa macam nak kawin je bila dengar lagu ni" Wah, besar juga impak kepada pendengar yang mendengar lagu Nur Kasih dendangan Inteam. Banyak lagi lagu-lagu lain yang menceritakan keindahan hidup berumahtangga sekali gus menarik kita untuk merasai keindahan itu. Ramai juga rakan-rakan sekolej yang telah mendirikan rumah tangga, tidak kurang juga yang telah berkahwin di bangku sekolah lagi. Jodoh pertemuan ditangan Allah, segalanya telah ditetapkan. Salah seorang pensyarah saya disini baru sahaja mendirikan rumah tangga awal tahun ini. Yang menjadi berbualan hangat apabila beliau memberitahu kami bahawa isterinya sebaya kami sahaja. Hah! 18 tahun! masa ini memang ramai yang gigit cari.hehe. Kawan sekolah saya juga ada seorang yang telah bertunang, itupun saya hanya dimaklumkan menerusi FB sahaja berikutan untuk jimat kos. Tapi kawan saya ini bertunang dengan kawan kami juga semasa di sekolah kiranya mereka sebaya. Orang tua-tuka berkata, bertunang jangan lama. Tidak lama lagi mungkin saya akan dapat rasa nasi minyak kawan saya yang pertama.

Saya selalu bayangkan yang saya akan berkahwin sebelum saya menamatkan pengajian saya di universiti. Tetapi apabila difikirkan kembali, adakah releven apa yang saya bayangkan itu? Saya berfikir kembali (mungkin sebentar tadi fikiran saya uncontrol). Mak ayah saya hantar saya keskolah kerana ingin melihat saya berjaya mencapai cita-cita saya, saya juga bersunguh-sungguh dalam setiap pekerjaan saya semata-mata untuk mencapai cita-cita, dapat memberikan yang terbaik untuk diri saya, keluarga, agama dan masyarakat(InsyaAllah). Tetapi apabila saya memikirkan tentang perkahwinan, ini bermakna saya telah mencemarkan list impian saya yang terdahulu lagi. Perkahwinan adalah impian baru yang saya impikan ini bermakna yang tidaklah sepenting impian dulu. Maka, saya kembali kepada motif dan tujuan saya melanjutkan pelajaran di IPTA. Dengan itu, saya hanrus fokus kepada perkara-perkara yang akan membawa saya untuk berjaya sahaja. saya juga ada terbaca dalam sebuah blog.

Apa kebaikan atau keburukan kahwin bini muda?
Apa kebaikannya berkahwin muda? Jadi, saya ada beberapa kebaikan kahwin muda yang saya boleh senaraikan,  antaranya ialah:
  1. Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti (sape tak nak jadi kebanggaan Nabi SAW kan?).
  2. Elak mendekati zina (ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?)
  3. Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial (yela, sape nak marah kalau kite ‘berkepit-mepit’ ngn isteri sendiri, suke hati kami la..lalalalala)
  4. Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima (iyela, dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer..)
  5. Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’ (tak perlu lagi risau awek akan dikebas orang..hikss)
Antara keburukan kahwin muda pula;
  1. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan (lagi teruk kalau kes kahwin ‘terpakse’..adeh..).
  2. Rasa diri masih bujang (ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..).
  3. ..
http://www.hafizmohd.com/kahwin-muda-antara-kebaikan-dan-keburukan/

Kaunseler saya juga sering membincang perkara yang sama berikutan ramai remaja yang sibuk berpacaran. Kawin di usia muda adalah tidak relevan mengikut sains kerana pemikiran yang masih tidak matang tambahan kedua-duanya masih muda. Mengikut satu laporan yang pernah saya baca, peratus penceraian meningkat berikutan peningkatan kawin di usia muda. Dari segi agama pula, ia adlah satu perkara yang baik(sunat muakat-sunat yang sangat dituntut) kerana mengelak maksiat dan sebagainya. Apa yang saya mahu rumusakn disini ialah, segalanya telah ditentukan oleh Allah mengenai siapa jodoh kita, bila bertemu jodoh kita dan sebgainya, yang penting, apa yang terjadi kepada kita mungkin tidak baik bagi orang lain tetapi ia adalah yang terbaik kepada kita kerana itu adalah ketentuanNya.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman