Rabu, 8 Disember 2010

Ujian Allah S.W.T adalah cabaran bagi hambaNya

Assalamualaikum
10.35pm
Khadijah College 428,Meja study

Saya menulis blog ini sebaik sahaja saya selesai menunaikan solat fardhu Isyak. Alhamdulillah, saya dapat harungi segala ujian pada hari ini dengan tenang dan lapang. Ujian yang saya maksudkan adalah ujian sebagai hamba kepada Yang Maha Mencipta. Ujian yang amat perit bagi saya pada hari ini ialah Mid Sem Exam untuk paper Maths yang berlangsung pada jam 8 malam hingga 9.30 malam. Mungkin usaha yang agak suram membuatkan saya agak kecundang untuk menghabiskan segalanya dengan sempurna. Kesilapan demi kesilapan telah saya lakukan, pertama-berlengah untuk ke dewan peperiksaan , kedua-over confident.

Allah turunkan ujian kepada hambaNya dalam pelbagai bentuk tidak kira dari segi kewangan , perhubungan , kerja dan sebagainya..
And we will surely test you with some fear, hunger and shortages of property, people and produce. But give good tidings to the steadfast. Those who, when a calamity befalls them say: "We belong to Allah and to Him we return." Upon these are prayers from their Lord and mercy and these are the rightly-guided ones”. (2:155-157)

Setelah membaca semula ayat ini ( yang telah saya gunakan untuk melengkapkan assignment Understanding Islam ) fikiran saya hanya memikirkan Allah S.W.T , yang telah menurunkan ujian itu kepada hambaNya iaitu saya dan rakan-rakan seperjuangan. Seperti yang terkandung di dalam ayat itu , Allah menguji saya dalam pelajaran disebabkan saya adalah seorang pelajar. Allah tidak akan menguji saya jika saya tidak dapat mengharunginya. Itu adalah cabaran sebagai seorang pelajar. Allah juga menguji hambaNya agar hambaNya sentiasa mengingatiNya, memohon pertolongan daripadaNya dan juga menjadikan hambaNya lebih gigit berusaha untuk menghadapi ujian yang mendatang.

Saya tidak dapat nafikan, air mata jatuh berlinangan. Terasa berat untuk meninggalkan kerusi di dewan, terasa apa yang telah saya lakukan tidak memadai untuk saya mencapai apa yang telah saya target. Agak sukar, kawan-kawan yang lain juga sama , masing-masing cuba untuk melupakan soalan tersebut dan kembali kepada aktiviti masing-masing. Kebiasaannya, bilik saya paling meriah , tetapi berlainan pula pada malam ini, KC 428 begitu suram tanpa gelak ketawa 4 sekawan. Masing-masing membawa diri. Saya melarikan diri ke beranda di tepi tingkap berhadapan bilik kami. Yang lain hanya di dalam bilik tetapi sibuk menyudahkan tugasan masing-masing. Hangat terasa apabila suara bonda tercinta saya dapat dengari dengan jelas walaupun hanya berbual di talian. Terdetik di hati mahu melupakan sahaja apa yang telah berlaku tetapi sangkaan saya meleset. Saya menahan air mata di akhir perbualan. Saya hanya memikirkan mak dan ayah dan juga masa depan. Bagaimana dengan cita-cita saya yang telah idamkan sejak kecil lagi. Segalanya terasa jauh seperti saya telah menutup pintu kejayaan saya sendiri.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
AInsya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way
Maher Zain,InshaAllah
Sekali lagi terasa diri ini disayangi oleh Pencipta. Allah turunkan ujian dan ujian itu adalah cabaran kepada hambaNya di atas muka bumi ini yang hanya sementara untuk mencari bekalan di Akhirat kelak. Syukur..Alhamdulillah...
Terima kasih daun keladi, Kalau sudi bacalah lagi..
InsyaAllah yang baik datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan daripada diri saya sendiri..Semoga catatan ini memberi seribu manfaat kepada anda dan juga saya sendiri.
11.37

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman