Ahad, 9 Januari 2011

Taman Pertanian Negara Bukit Cahaya Bukit Cerakah Shah Alam , Selangor

Assalamualaikum
8.40 pagi
Khadijah College 428 , Meja study

Pada 8 Jan bersamaan dengan hari Sabtu, saya dan juga Fifi serta beberapa rakannya dari UPM menghabiskan hujung minggu kami di Shah Alam. Sudah lama juga kami merancang untuk bersantai di Taman Pertanian Bukit Cahaya yang dikhabarkan bergitu damai dan indah. Sebelum cuti pertengan semesta lagi kami sudah merancang tetapi masa mencemburui kami sehingga Sabtu lepas, walaupun masing-masing terikat dengan kelas dan juga assignment yang bertimbun dan masih belum di'approve'. Hasrat kami ini hampir sahaja ditunda berikutan Fifi yang sibuk dengan kelas dan saya juga banyak homework yang masih belum disentuh dengan laptop yang di'jangkiti' virus sehingga merebak kepada tuannya. Alhamdulillah, kami dapat membahagikan masa walaupun pada pagi itu masih teragak-agak untuk bersiap.

Kami melangkah keluar dari bilik lebih kurang jam 8.45 dan tiba di KL Sental lebih kurang jam 9 pagi. Sementara menunggu yang lain, sempat juga kami singgah di 7e untuk membeli air. Setelah diberitahu yang mereka berkemungkinan akan lewat tiba di KL Sentral, kami memutuskan untuk bertolak dahulu. Maka, kami pun membeli tiket KTM ke Stesen Batu Tiga. Sementara menunggu tren, saya bersarapan di kawasan menunggu dan sempat juga kami berposing. Ada sesuatu yang buat saya terpegun dan bersa sedikit bangga kerana KTM menyediakan "Koc untuk wanita sahaja" !!!

yang penting warna PINK

Perjalanan dari KL Sentral ke Batu Tiga mengambil masa hampir 30 minit. Setiba di sana kami terus menaiki teksi ke Taman Pertanian. Terasa satu lagi impian menjadi kenyataan. Setelah sampai kami tidak terus menuju ke pintu masuk untuk membeli tiket tetapi kami bergamba dahulu di kawasan taman berdekatan kawasan meletak kerata. Tamannya tidak begitu padat atau simple sahaja tetapi sudah cukup membuatkan kami terpesona dengan keindahan alam semulajadi.

" Mesti kat dalam lagi comey " itulah antara andaian yang ligat bermain dalam kotak fikiran kami, apa yang mampu kami zahirkan hanyalah melalui senyuman. Kami memutuskan untuk menaiki bas yang disediakan sahaja tetapi setelah berbincang dan memikirkan beberapa faktor, kami bertukar angin untuk menaiki basikal sambil merasai sendiri keindahan alam. Agak lama juga kami menunggu untuk mendapatkan basikal, saya rasa dalam jam 11.30 pagi baru nama kami dipanggil untuk mengambil basikal.

Kami juga menempah lagi 5 basikal untuk rakan-rakan yang lain kerana mereka dikhabarkan masih dalam perjalanan. Tanpa membazirkan masa, saya dan Fifi meneruskan sahaja perjalanan kami yang agak mencabar. Berbasikal di kawasan hutan yang dipenuhi pelbagai jenis tumbuhan yang menghijau amat mendamaikan. Yang kami agak tertekan dan rasa mencabar, jalannya yang beralun, sekejap naik bukit sekejap lagi pula menuruni bukit tetapi kami puas. Sememangnya memerlukan stamina yang tinggi. Destinasi yang dituju ialah Taman Buah-buahan yang terletak lebih daripada 2.5km ke dalam.

Banyak juga aktiviti lasak yang disediakan di sana juga tapak perkhemahan. Memandangkan hari itu adalah cuti umum, ramai juga orang yang menghabiskan cuti mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti lasak dan sebagainya. Setelah berkayuh hampir 30 minit, kami menemui jalan mati. Impian untuk singgah di Taman Buah-buahan tidak tercapai, sempat juga saya bertanya dengan seorang pekerja di sana. Mereka memberitahu yang kami telah melalui jalan yang salah. Maka, kami mengambil keputusan untuk patah balik dan terus ke Rumah Empat Musim. Perjalanan patah balik ke pondok basikal tidak mengambil masa yang agak lama tetapi kami sudah mula berasa letih berikutan hampir 5 km mengayuh basikal dengan melalui jalan yang berbukit.

Setelah tiba di Pondok Basikal, kami kembali bersemangat untuk meneruskan perjalanan walaupun tanpa rehat. Perjalanan kali ini kami pastikan yang kami tidak akan tersilap jalan lagi kerana masa amat mencemburui kami. Setiba di Taman Haiwan, kami telah bertemu dengan rakan-rakan yang lain yang hampir 2 jam kami menanti dan sempat juga bergambar di kawasan sekitar.
Inilah tasik sebelum kami masuk ke rumah 4 Musim.. 

Rumah 4 Musim

keadaan dalam rumah 4 musim

Setelah kami bergembira dan berseronok di dalam rumah 4 Musim, kami bergegas menunaikan solat Zuhur dan bergerak mengikut rancangan yang telah ditetapkan. Saya menaiki teksi dan bergerak ke TTDI atau Pangsapuri Jaya untuk ke rumah seorang teman rapat Nursakmawani Abdul Rafar ( Ema ). Manakala yang lain pula bergerak ke Stesen KTM Shah Alam untuk ke Mid Valley untuk mengunjungi Chocolate Fair.

Setiba sahaja di sana, saya dijemput oleh Ema. Biasalah perempuan kalau sudah lama tidak berjumpa, agak bising kami di pondok pengawal pangsapurinya itu. Petang itu, kami hanya melepak sahaja di rumah dan berbual-bual. Selepas Asar, barulah kami ke Plaza Sentral Shah Alam kerana ada PC Fair tambahan pula Ema dan Adah mengajak saya bermain boling. Kami hanya bersantai sahaja, main untuk suka-suka. Gambar tidak dapat dirakam kerana handphone masing-masing kehabisan bateri.

Pada sebelah malam pula, saya telah berjanji untuk berjumpa dengan Nur Atikah Narawi di sebuah restoran. Mengikut perancangan, tibalah kami di sana beserta Najmi dan juga Kimi, rakan sekolah. Macam-macam cerita yang kami kongsi bersama dan juga pelbagai rancangan telah kami atur agar hubungan kami tetap akrab walaupun berjauhan. Rancangan untuk ke iCity telah dibatalkan setelah mempertimbangkan beberapa faktor. Gambar2 ini dirakam menggunakan handphone Najmi memandangkan hanphone saya kehabisan bateri.

bersama Ema

bersama Tikah

Saya telah bertolak pulang ke kampus pada jam 8 pg dari Pangsapuri Jaya dan selamat tiba pada jam 9.30 pg. Alhamdulillah, setibanya saya, tangan terus mendail rumah untuk memberitahu yang saya telah selamat pulang ke kampus.

Terima kasih kepada rakan-rakan terutama Ema, Tikah, Adah dan yang lain-lain. Harap reunion awal Mei ini yang telah dirancang juga akan lebih menyeronokkan. InsyaAllah, saya akan ke sana lagi. =)

1 ulasan:

Halaman