1.35pm
Komputer rumah (hye, xpayah berebut internet sebab sy je yg ade kat umah)
Alhamdulillah, saya selamat sampai di rumah..hehe..after 2 jam lebih perjalanan drpd CFS ke rumah yang terletak di B******. Agak penat sebab first time sy bawa balik beg roda saya yang besar..huh! dah la kena naik bas then tren then bas lagi baru boleh sampai rumah. Hai, mengeluh ke cik Fizah kita ni. Tak adalah, semalam ada juga kawan2 tanya kenapa nak wat balik barang sedangkan ayah ko leh je datang ambik, angkut je sume skali. Yeaaaa..itulah soalan yang saya tunggu2..hehe...saya kata sebab saya x nak susahkan mak ayah saya, dah boleh wat sendiri, boleh balik sendiri, boleh bawa barang sendiri..boleh je buat kan. Lagipun masa kat teknik dulu, ayah saya selalu cuti sebab nak ambik saya la, yela time kene wat balik barang and time ade program skola. So, y not kite ringankan kerja orang tua kita kan.
Baru saya teringat yang kami akan exam Understanding Islam pada Isnin ini bersamaan dengan 14 Februari 2011...14 Feb? Ya..14/2 Fizah!!! Ya Allah, kembali lagi hari yang ditunggu-tunggu oleh insan yang mempunyai pacar dna pasangan untuk meraikan hari yang indah bagi mereka. Boleh anda teka? Ya, Valentine's Day atau Hari Kekasih. Ya Allah, bolehkah anda bayangkan betapa ramainya anak muda di zaman serba canggih ini meraikan hari terkutuk ini.Wahai rakan-rakan, abang, kakak, adik, pak cik, mak cik, adakah kita sudah sedia maklum bahawa Valentine's Day haram disambut oleh umat Islam?
- Ala, apa salahnya kak, bukan selalu pun lagipun zaman dah moden la kak.
- Adik, nanti merajuklah gf saya kalau xbagi bunge or candle light dinner ke on the day, kan nak rai kekasih.
- Anak, makcik n pakcik bukan ape, diorang 2 kan orang muda, ape salahnya kalau diorg nak kuar suke2 nak sambut ape ke 2 ha,,Hari Kokasih..yang 2 la, nanti dah tue macam makcik pakcik nanti dah x leh nak kuar.
HA?!!!! Itu je pandangan anda mengenai Hari Kekasih? Yang muda dengan cara muda, yang tua dengan cara mereka sendiri. Tak tahu nak kata apa. Nanti ada pula statement " Jangan jaga tepi kain oarang ". Tapi saya rasa ini adalah satu tanggungjawab kita sebagai saudara sesama agama. Adakah salah? Tak, kita tak salah, mereka dan keluarga mereka yang salah? Pulak dah. So, kalau mereka dan keluarga mereka yang salah, komuniti sekeliling hanya berputih mata? Hanya mendengar cerita masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. "Ala Fizah, Iman aku x kuat r nak tegur budak 2 pasal apa yang dia buat, yela, selemah-lemah iman kan hanya membenci di dalam hati". Ke situ pulak dah...
Saya mahu kongsikan pengalaman saya mengenai 14 Feb bersama anda semua. (maaf kejap formal kejap informal). Kenapa 14 Feb lagi!!!? Masa saya bersekolah di sebuah pekan kecil di Perak, pada masa itu saya baru pindah dari Ipoh ke pekan itu. Semua orang pandang serong pada saya termasuk cikgu2 di sekolah sebab saya dr bandar. Mereka kata, budak bandar perangai teruk. Adakah budak kampung semuanya baik? Jangan menilai seseorang berdasarkan tempat tinggal dan asal mereka. On 14 Feb 2007 kalau x silap hari tu hari Selasa. Petang itu saya ada kelas tusyen dengan kawan2 saya di pekan itu. Pendekkan cerita pada masa rehat, kami turun untuk membeli snak dan air. Tempat itu ialah deretan rumah kedai yang agak usang(papan) dan sunyi. Semasa saya nak menaiki tangga ke kelas yg terletak di bahagian atas, saya ternampak rakan baik saya(perempuan) sedang berpelukan dgn kekasihnya. Terpaku saya...Ya Allah... sebab itu saya x suke 14 Feb sebab masa inilah mereka yg cetek ilmu agama akan terjerumus ke lembah maksiat.
Adakah anda mahu melihat semua ini berlaku? Adakah anda pasti anak anda, adik-beradik anda atau rakan anda tidak melakukan semua ini?
Kita hidup bermasyarakat, perlukan satu sama yang lain. Umpama bangunan, perlukan asas yang kukuh, bahan binaan yang digunakan berkualiti, bancuhan simen mengikut nisbah yang ditetapkan, kelulinya yang digunakan mengikut saiz yang betul dan diikat dengan cara yang betul, batu baur besar, batu baur halus perlulah mengikut gred piawaian barulah bagunan yang dibina utuh, kukuh hingga bertahun-tahun. Tapi, jika berlaku kesilapan, bagunan itu akan retak, runtuh dan sebagainya. Mulalah nak buat kajian, apa yang salah..ooo, air yang digunakan mengandungi bendasing, keluli yang digunakan sudah karat dan sebgainya. Arkitek, engineer, kontraktor, QS, semuanya dipanggil untuk selesaikan masalah itu. Itulah umpamanya kita ini, tapi bila ada masalah, semuanya lari, orang itu salah kan orang ini, tak tahu nak panggil sapa untuk selesaikan dan kemudian biarkan sahaja seterusnya terus merebak. Di mana puncanya? Jika masalah pada satu-satu bangunan kita dapat kesan di mana silapnya, tetapi kenapa masalah sosial tidak tahu di mana silapnya, puncanya. Kita perlu bersatu, tinggalkan kate2 jangan jage tepi kain orang, kita perlu membentuk masyarakat kita khususnya umat Islam untuk menjadi yang terbaik. Mulakan dengan yang kecil dahulu, tegur rakan-rakan, anak, kakak, abang, mak, ayah..bukan menyibuk tetapi tanggunghawab kita sebagai umat Islam. Tanggungjawab kita sebagai rakan dan sebagainya. Ya Allah, indahnya dunia kita, indahnya Kuala Lumpur jika kita semua bersatu. Kita akan terima berlipat kali ganda barakah daripada Allah. MasyaAllah...
sedarkah anda??
***14/2/2011-Valentine's Day
15/2/2011-Maulidur Rasul...
Ingatlah wahai anda semua, Valentine's Day adalah salah satu punca kenapa maksiat, masalah sosial semakin berleluasa. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini perlulah bertindak, setidak-tidaknya cegahlah diri kita sendiri janganlah tergolong dalam golongan yang mengkhianati diri sendiri. Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan