4.20pm
Khadijah College 428, Atas katil
Apa la pulak budak Fizah nie nak tulis. De je bende yg dia nak tulis. Saya tak tahu la kenapa tapi tiba-tiba je dapat idea nak share something ngn korang sume. Ok la, mulanya macam ni, idea ni baru je datang dan kebetulan tengah online sambil lepak-lepak atas katil ngn roommate. Tiba-tiba roommate saya nie kata "kenapa pakai ni, dah kuning, macam nie kan elok" sambil dia memegang handphone saya. Lbih tepat lagi, tangan kanan die pegang handphone saya dan tangan kiri die pegang handphone case yang baru je ditanggalkan. Sebebnarnya die tujukan kata-kata untuk handphone saya, dia kata nampak mewah tanpa case. Ya, memang nampak mewah, sebab berkilat, and case 2 nampak kuning kalau ditanggalkan sebab sedia maklum, case 2 untuk lindungi handphone sebab x nak calar n sebagainya.
4 tahun lepas, memandangkan saya pada masa itu bersekolah di sekolah kawasan bandar dan bercampur semua kaum. Dalam kelas saya adalah beberapa orang pelajar cina. Mereka ada tanya saya kenapa kamu pakai tudung? Kenapa tak pakai baju yang tak ada lengan? Kenapa tak pakai skirt? Lagi cantik kalau kamu pakai macam 2. Saya hanya tersenyum dan berfikir sejenak. Orang kata kalau nak berdakwah kenalah berhemah.Saya cuba relatekan soalan dengan realiti kehidupan. Saya terfikirkan handphone saya. Maka, saya pun tarik nafas dan cuba menjawab soalan itu. Saya tanya dia, kamu ada handphone tak? Dia kata ada, tipulah kalau tak ada handphone zaman sekarang ni. Jadi, saya tanya dia, kamu jaga elok2 tak handphone kamu? Dia kata mestilah dia jaga handphone nie, sebab itu pemberian ayah dia, kamu nampakkan yang saya pakaikan handphone saya dengan case untuk melindungi handphone saya daripada calar dan warnanya jadi pudar. Saya pun pegang tangan dia. Macam tu jugalah kita, sebagai seorang perempuan. Dia agak terkejut. Kenapa? Itukan gadget, kita manusia. Ya, memang kita manusia dan handphone adalah hanyalah gadget buatan manusia. Kenapa kami pakai tudung, tutup aurat, sebab kami tak mahu mempamerkan kecantikan kami sebab kami tak nak calarkan kecantikan kami. Belum sempat saya mengulas panjang, dia sudah memahami maksud saya dan apa yang mahu saya sampaikan. Dia tersenyum sendiri dan menarik tangan saya untuk ke kantin.
kan ayu begini..
So, yang mana lagi elok? Kawan sedorm saya dulu pun ada cakap " Fizah, takyah pakai tudung r, lagi comey". Adalah sedikit perasan kesal bercampur marah. Saya pun kata " Korang jangan nak jadi setan ek". Pernah saya terbaca status someone kat FB...Kenapa girls suka freehair sebab ada orang puji dia cantik kalau dia tak pakai tudung, So, dia nak nampak cantik, dia pun freehair...Ya Allah...Kan lebih cantik kalau kita bertudung. Apa?! Tak leh pakai baju cantik2? Islam tak larang kita berfesyen yang pasti tidak melanggar syariah. Zaman sekarang ni, macam2 je fesyen tudung yang boleh kita gayakan tapi pastikan memenuhi tuntutan agama, labuhkan dibahgian hadapan, tidak jarang dan sebagainya.
Saya suka kartun Ana Muslim, comey kan. Princess Islamic gitu. Renung-renungkanlah..Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan