Sabtu, 28 Mei 2011

Amalan Diet Rasulullah pilihan terbaik

Amalan diet Rasulullah pilihan terbaik

1.     MULAKAN DENGAN BISMILLAH
Setiap perbuatan ada permulaannya dan akhirnya. Dalam bab pemakanan, Islam telah menggariskan membaca Bismillah terlebih dahulu dan diakhiri dengan Alhamdulillah. Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda “Apabila seorang daripada kamu hendak makan sebutlah nama Allah (yakni:Bismillah). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal(mula makan), maka sebutlah  “Bismillah awwaluhu wa akhirahu’ “(HR Abu Dawud dan at Tirmidzi.) Melalui bacaan ini, makanan kita akan menjadi lebih berkat dan memberi kesihatan yang berpanjangan di dalam tubuh badan kita.

2.     GUNAKAN TANGAN KANAN (TANGAN KIRI DILARANG)
Sebaik-baik permulaan dimulakan daripada sebelah kanan dahulu. Gunakanlah tangan kanan kerana ia lebih mulia daripada sebelah kiri. Sebelah kiri, adakalanya menunjukkan lambang keangkuhan dan bongkak. Ini turut dinyatakan dalam sebuah hadis Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a.,seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah SAW. Maka Baginda bersabda: “Makanlah dengan tangan kananmu”. Lelaki itu berkata: “Aku tak boleh”. Baginda menjawab: “Engkau tidak boleh? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sfat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut.” (HR Muslim).

3.     MAKAN YANG BERHAMPIRAN
Apabila anda berada di dalam satu kumpulan dan dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan, sebaik-baiknya, ambillah makanan yang berada berdekayan dengan anda. Adab ini perlu dijaga kerana jika mengambil makanan yang lebih dekat  dengan kita, ia membantu anda mengurangkan kadar makanan dengan banyaknya. Mungkin makanan yang ada berdekatan sudah memadai untuk anda. Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah SAW dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah SAW nersabda: : Wahai budak, ucaplah ‘Bismillah’, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah aoa yang hamper denganmu.” (HR Bukhari dan Muslim).

4.     GALAKAN GUNA TIGA JARI

Sifat gelojoh dan kurang sabar dapat dilihat jika anda makan dengan lima jari. Jika anda sedang berdiet, makan menggunakan tiga jari adalah lebih baik. Ini adalah disebabkan jumlah makanan yang kita ambil adalah sikit dan kunyah dengan perlahan-lahan supaya makanan akan terhadam dengan baik. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika makan, Dari Ka’ab bin Maluj r.a., “Aku melihat Rasulullah SAW makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (HR Muslim).

5.     LARANGAN MENCELA MAKANAN
Islam melarang umatnya mempamerkan parasaan tidak suka termasuk juga ketika makan. Jika anda tidak suka dengan makanan tersebut, elakkan daripada makan makanan tersebut. Tetapu jika anda mencela makanan tersebut, anda akan bertambah berat dan gemuk dengan dosa kerana mencela makanan. Jika ada mkanan yang anda tidak suka, ia sebenarnya sudah mengurangkan keinginan anda untuk makan. Dari Abu Hirairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah SAW mencela makanan. Jika baginda menyukainya, maka beginda mkan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka baginda tidak makan.” (HR Bukhari dan Muslim).

6.     TIDAK BERSANDAR KETIKA MAKAN
Makanlah dengan tertib dan duduk dengan betul. Tujuannya supaya makanan yang dimakan dihadam itu ajan tersalur dengan betul serta bertindak balas dengan baik pada anggota tubuh badan. Selain dilarang makan sambil bersiri atau baring, bersandar juga dilarang di dalam Islam. Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasulullah bersabda: “Aku tidak makan sambil bersandar”. (HR Bukhari)

7.     JILAT JARI SETELAH SELESAI

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “ Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilat (oleh oaring lain)” (HR Bukhari dan Muslim).

Marilah kita amalkan diet Rasulullah, insyaAllah kita akan mendapat barakah daripadaNya. Aminnn…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman